Selepas menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru, para calon akan menduduki temuduga. Temuduga lah yang akan menentukan sam ada calon berjaya untuk mendapat tempat di Maktab Perguruan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP. Pada kali ini kami akan berkongsi tips dan contoh soalan temuduga IPG.
Kami telah menghimpunkan beberapa keratan artikel yang akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran serta bersedia untuk menduduki temuduga IPG kelak.
Contoh Soalan Temuduga IPG
Berikut adalah ranngkuman beberapa soalan yang kemungkinan akan ditanya di dalam temuduga IPG yang akan anda duduki kelak. Walaupun soalan ini tidak semestinya akan keluar, akan tetapi calon digalakkan untuk mengetahui hal ini.
- Bagaimanakah Sains dan Teknologi Maklumat (ICT) dapat meningkatkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran?
- Apakah yang dikatakan peranan atau tanggungjawab sebagai seorang guru?
- Apakah langkah yang boleh diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu?
- Bagaimanakah Bahasa Melayu tersebar di luar negara?
- Berikan pandangan anda tentang penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja.
- Berikan pandangan anda tentang penggunaan bahasa SMS dalam peperiksaan sekolah.
*Bagi soalan individu pula, selalunya ia lebih berkaitan dengan bidang yang ditawarkan kepada anda.
Soalan lain yang boleh ditanya:
- Isu Semasa Pendidikan
- Tema Hari Guru 205
- Pelaksanaan KSSR dan PBS.
- Pemberian Baucer Buku 1Malaysia
- Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
- Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
- Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
- Literasi (Bahasa Malaysia) dan Numerasi (Matematik) (LINUS)
- LINUS 2.0- Bahasa Inggeris
- 1 Murid 1 Sukan
- Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
- Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
- i THINK (Inovatif Thing king) - 8 Peta Pemikiran.
Pengalaman 1: Penulisan dari Blogger Anis.
Alhamdulillah selesai sudah temuduga saya yang terakhir iaitu temuduga ipg pada hari ini.Lepas ni tunggu masa untuk angkat beg dan keluar dari rumah untuk sambung study pulak sob sob.Sekiranya korang dapat temuduga ipg,ini bermakna korang lulus ujian saringan pertama Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).Beribu-ribu taniaa saya ucapkan.
Sementara pengalaman temuduga saya ini masih segar di ingatan saya lebih baik saya update laju-laju.Ini kiranya entri panas dari oven hihik.Tak banyak blog yang share pasal temuduga ipg ni dan juga course yang saya ambil jadi saya rasa nak berkongsi dengan korang pengalaman temuduga ipg saya ni.Saya harap entri ini dapat membantu anda untuk temuduga itu nanti :D
Saya dapat temuduga IPG Calon Guru PISMP 2015 dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di IPG Kampus Kota Bharu,Kelantan.Sehari sebelum temuduga saya bermalam di Machang rumah ayah saudara sebab takut lambat pulak sampai,lepas subuh je terus bertolak ke Kota Bharu dan sampai di IPG Kampus Kota Bharu dalam pukul 7.30 pagi.
Dalam surat temuduga tu saya dapat sesi 1 dan Bilik M.Panel akan bagi satu kertas lepastu suruh tulis nama kita dekat kertas tu dan kertas tu kena tampal di tudung@baju untuk dijadikan sebagai nametag.Walaupun korang dah ada nametag sendiri tapi tetap kena pakai nametag kertas tu jugak haha jangan bantah ok ikut je.Panel pun akan mintak fail yang ada sijil-sijil kita tu dan suruh check nombor masing-masing.Saya dapat nombor 5.Sementara kena panggil untuk temuduga tu,kenal-kenallah jugak jiran sebelah.Ehm tapi sebab saya introvert jadi orang kena tegur saya dulu hihi.Orang sebelah saya tu tegur, "Awaklah yang tulis blog Anis Diyana tu kan?" Aku dah tersipu-sipu malu masa tu haha sebab boleh pulak jumpa reader blog saya dekat sini,kitorang bilik dan group sama lak tu hehe.
Oh ye temuduga ni dijalankan dalam group jadi korang tak nervous berseorangan dalam bilik tu haha.Temuduga sepatutnya mula pukul 8 pagi tapi dalam pukul 8.30 barulah kumpulan saya kena panggil untuk temuduga.Dalam kumpulan saya ada 7 orang,semua perempuan dan ada seorang sahaja lelaki.Panel tu akan suruh kita duduk di kerusi yang ditetapkan.Ada dua orang panel dan dua-dua tu lelaki and yes diorang semua tu baik je,kami siap boleh gelak lagi dalam bilik tu haha.
Mula-mula panel tu suruh kami semua tonton satu tayangan video.Walaupun video tu korang mungkin dah biasa tengok sebab pernah keluar dekat iklan tv tapi tengoklah jugak,tengok pun bukan sekadar tengok je,ingat ni wayang ke apa?Kah.Panel bukan saja-saja bagi video tu,lepas video tu habis mereka akan tanya soalan berdasarkan video tu jadi hayatilah video tu baik-baik.Ini video yang saya dapat masa temuduga tadi,
Okay lepas habis je video tu,panel tu tanya ahli kumpulan saya setiap seorang.Panel pun akan buka soalan tapi kali ni siapa nak jawab kena volunteer angkat tangan means siapa cepat dia dapatlah.Cuba elakkan jadi orang terakhir yang angkat tangan jawab soalan panel nanti idea kita orang lain dah ambik kita pulak termangu-mangu kat situ.Memang semua orang kena bercakap,tak boleh diam langsung ok.Ahli kumpulan saya semuanya memang hebat-hebat belaka,idea mereka semua bernas,terasa kerdilku disitu huhu.Soalan-soalan yang telah ditanya oleh panel kepada saya adalah:
1.Apa yang anda dapat daripada video tersebut?
2.Tempat tinggal dan asal usul nama tempat tinggal
3.Apa yang anda dapat kaitkan nilai yang ada dalam video tu dengan diri anda?
4.Pengajaran daripada video tersebut
Takda satu habuk pun panel tanya pasal isu pendidikan!Kemainlah aku hafal PPPM,nama menteri,KSSR,bilangan ipg tapi panel tu tak tanya pun hahaha tapi lega jugaklah panel tak tanya pasal tu.Panel lebih banyak bertanya soalan berdasarkan video itu sahaja.Dah takda apa-apa lagi panel bagi kami balik.I was like kenapa sekejap sangat,kerusi pun tak rasa panas lagi ni hahaha tengok orang lain pun nak tak nak je bangun.Alhamdulillah dalam 30 minit dah selesai temuduga memang sekejap sangat.
Semoga artikel ringkas ini dapat membantu nada untuk mendapatkan tips dan contoh soalan temuduga IPG
Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA
0 comments:
Post a Comment