Home » » Semakan Keputusan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2017

Semakan Keputusan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2017

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Sunday, 15 January 2017

Semakan keputusan permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik tahun 2017 online. Kepada pemohon yang telehpun membuat permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik SMT kini boleh mula membuat semakan keputusan.

Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik boleh mula dibuat pada 16 Januari 2017. Semakan ini boleh dilakukan secara atas talian sahaja (online).
semakan kolej vokasional smt

Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2017

Semakan keputusan boleh dibuat mengikut butiran berikut;

Tarikh semakan: 16 Januari 2017
Pautan semakan: SPTV

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya untuk memasuki Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2017.

Untuk rayuan, anda bolehlah terus pergi ke Kolej Vokasional ataupun Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan untuk membuat rayuan.

Kolej Vokasional dan SMT

Berikut adalah beberapa berita terkini mengenai Kolej Vokasional dan SMT di Malaysia.

KUANTAN 4 Jan. – Program Inkubator Industri yang dilaksa­nakan Yayasan Muamalat Belia (YMB) di Kolej Vokasional Kuantan di sini berupaya meningkatkan kualiti penuntut apabila menamatkan pengajian.
Penuntut jurusan Elektrik Kolej Vokasional Kuantan, Muhamad Hasiff Hassan, 17, berkata, program itu dapat melengkapkan penuntut di situ dalam menghadapi alam pekerjaan dengan pendekatan mesra industri.
“Menerusi program ini, kami diberi pendedahan bagaimana mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di kolej ini untuk kegunaan industri di samping memperoleh latihan kemahiran di industri secara efektif,” katanya di sini baru-baru ini.
Sementara itu, penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan kolej berkenaan, Ainin Sofea Mohd. Rozaini, 19, berkata, program tersebut melengkapkan penuntut kolej itu dengan keteram­pilan eksekutif dan pe­ngurusan korporat.
“Selain itu, para penuntut di sini turut didedahkan dengan pelbagai kaedah pemasaran menerusi internet yang tidak diketahui sebelum ini,” katanya.
Bagi penuntut jurusan Perakaunan, Nur Amirah Syakirah Sazali, 19, pula berkata, penuntut diberikan peluang memulakan perniagaan berdasarkan kepakaran dimiliki menerusi program berkenaan.
“Saya berharap program ini terus berjaya dan memberi manfaat kepada kami semua agar dapat diterima oleh pihak industri apabila tamat pengajian di sini nanti,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Program Inkubator Kolej Vokasional Kuantan, Shamsul Anuar Ibrahim berkata, program itu dirangka supaya penuntut kolej vokasional mendapat kemahiran dan peluang kerjaya terbaik apabila menamatkan pengajian.
Beliau yang juga Naib Presiden YMB berkata, penuntut bukan sahaja diberikan diploma kolej vokasional malah mendapat sijil kompetensi daripada peneraju industri.
“Sijil kompetensi daripada peneraju industri ini membantu penuntut kolej vokasional memperoleh pekerjaan berasaskan kemahiran dimiliki mereka.
“Melalui program ini juga, kebolehpasaran graduan kolej vokasional akan meningkat kerana mereka dilahirkan sebagai pakar industri,” katanya. - sumber 
Universiti tak iktiraf graduan KV tanpa SPM  - BH

Kolej Vokasional Kajang yang melaksanakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) sejak 2011 terbukti berjaya menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi terutama dalam bidang automotif.
Timbalan Ketua Pengarah Modal Insan Unit Perancang Eko­nomi, Johan Mahmood berkata, program SLDN dapat melahirkan tenaga kerja mahir kerana pelaksanaannya yang menjurus pekerjaan sebenar menepati keperluan industri.
“Pencapaian program SLDN ini akan memberi impak besar dalam memperkasakan modal insan ke arah mencapai wawasan negara maju,” katanya ketika meninjau keberhasilan program SLDN Penyelenggaraan Automotif Selepas Jualan di Kolej Vokasional Kajang, baru-baru ini.
Yang turut serta dalam lawatan itu ialah Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan, Zainuren Mohd Nor.
Dalam program SLDN, 80 peratus masa yang melibatkan latihan kemahiran praktikal diadakan di tempat kerja dikendalikan oleh jurulatih syarikat yang terpilih manakala baki masa 20 peratus adalah kelas teori latihan kemahiran asas yang dikendalikan oleh pengajar di pusat latihan seperti di Kolej Vokasional Kajang.
Menurut Zainuren, sejajar dengan transformasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), pelajar berpeluang belajar dalam bidang kemahiran dengan adanya program SLDN ini.
“Pelajar yang mengikuti program SLDN akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3,” katanya.
SLDN sejak dilaksanakan pada tahun 2005 bertujuan menghasilkan pekerja yang berilmu di bawah sistem latihan komprehensif bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan dengan sistem latihan yang meliputi semua peringkat pekerjaan untuk setiap sektor ekonomi.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA