Home » , » Kalendar Islam 2017 Malaysia Dan Tarikh Penting

Kalendar Islam 2017 Malaysia Dan Tarikh Penting

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Friday 31 March 2017

Tarikh Penting Dalam Kalendar Islam 2017 Malaysia. Bilakah tarikh penting Islam pada tahun 2017? Berikut dikongsikan Kalendar Islam 2017 atau Takwim Miladiah beserta dengan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2017 Masehi bersamaan dengan 1438H - 1439 Hijrah. Sebagai panduan, Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam dalam menentukan hari kebesaran Islam.

Kalendar Islam 2017 Malaysia Dan Tarikh Penting

Berikut dikongsikan tarikh penting dalam Islam tahun 2017 di Malaysia yang mengandungi tarikh hari kebesaran Islam dan perayaan di Malaysia seperti Iskrak Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Puasa, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul.
tarikh penting Islam 2017 Malaysia
  • * Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun ini diubah dari Khamis 21 September kepada Jumaat 22 September 2017

Takwim Islam 2017 Malaysia

Dikongsikan juga Takwim Islam 2017 yang merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Islam mempunyai kiraan takwim sendiri apabila Saidina Umar al-Khattab menetapkan bermulanya peristiwa hijrah Rasulullah sebagai tahun bermulanya pengiraan takwim Islam. Pengiraan takwim Islam berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan berbeza dengan pengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepada kedudukan dan pergerakan matahari.

Takwim 2017 Islam Malaysia
Perkongsian Kalendar Islam 2017 Malaysia Dan Tarikh Penting di atas ini boleh dimuat turun dalam PDF di link berikut :-
  1. Takwim 2017 Miladiah
  2. Tarikh Penting Islam 2017
  3. Takwim 1438 Hijrah JAKIM

Moga Kalendar Islam atau Takwim Islam 2017 ini bermanfaat sebagai panduan dan rujukan muslimin dan muslimat semua di Malaysia. Sumber JAKIM

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA