Home » , , » Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 Terkini

Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 Terkini

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Friday 31 March 2017

Syarat Kelayakan Masuk Tingkatan Enam (Form 6) Tahun 2017. Ramai pelajar lepasan SPM pastinya tertunggu-tunggu samada ditawarkan masuk ke Tingkatan 6 (Form 6) atau tidak. Tidak terkecuali, ada juga pelajar juga ingin mengetahui syarat am dan khas kemasukan terkini untuk membandingkan dengan result keputusan SPM 2016 mereka..Semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Sesi 2017/ 2018 boleh disemak bermula 16 April 2017 hingga 12 Mei 2017.

  • Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan dengan merujuk panduan borang rayuan kemasukan Tingkatan 6 di Rayuan Tingkatan 6 2017

Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 Terkini

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 terkini yang dikongsikan dari syarat kemasukan tahun 2017 untuk panduan pelajar semua. Untuk makluman, pelajar yang ingin memasuki Tingkatan Enam (Form 6) tidak perlu memohon. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik.  

Syarat Am Kemasukan Tingkatan 6

Syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 terkini adalah seperti berikut :-
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
    2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2017.

      Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6

      1. JURUSAN SAINS

      Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
      • Matematik / Matematik Tambahan
      • Fizik
      • Kimia
      • Biologi
      • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/Teknologi Kejuruteraan / Information And Communication Technology / Pengajian Agroteknologi
      • Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian
      Syarat masuk Tingkatan 6 Terkini

        2. JURUSAN KEMANUSIAAN

        i. Sekolah Menengah Harian / Sekolah Menengah Teknik

        Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
        • Bahasa Melayu
        • Bahasa Inggeris
        • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
        • Sejarah
        • Geografi/ Pendidikan Seni Visual
        • Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
        • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
        • Matematik / Matematik Tambahan
        • Prinsip Perakaunan
        • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
        • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
        • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
        • Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun / English For Science And Technology
        • Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

        ii. Sekolah Menengah Agama

        a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
        Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:-

        • Bahasa Melayu
        • Bahasa Inggeris
        • Kesusasteraan Melayu / Literature in English
        • Sejarah
        • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
        • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
        • Matematik / Matematik Tambahan
        • Prinsip Perakaunan
        • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
        • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
        • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
        • Pendidikan Syariah Islamiah
        • Bahasa Arab
        • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

        b) Di Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

        Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
        • Bahasa Melayu
        • Bahasa Inggeris
        • Kesusasteraan Melayu / Literature in English/
        • Sejarah 2
        • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
        • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
        • Matematik / Matematik Tambahan
        • Prinsip Perakaunan
        • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
        • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
        • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
        • Pendidikan Syariah Islamiah
        • Bahasa Arab
        • Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

        iii. Murid Berkeperluan Khas (MBK)


        • a) Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  dengan  mendapat  sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu;
        • b) Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa iaitu tahun 2017 

        Syarat Khas

        1. Jurusan Sains

        Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran iaitu sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran berikut:

        • Matematik/ Matematik Tambahan
        • Kimia
        • Fizik
        • Biologi
        • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Teknologi Kejuruteraan/ Information And Communication Technology/ Pengajian Agroteknologi
        • Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian

        2. Jurusan Sains Sosial

        i. Sekolah Menengah Harian.

        Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

        • Bahasa Melayu
        • Bahasa Inggeris
        • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
        • Sejarah
        • Geografi
        • Pendidikan Seni Visual
        • Komunikasi Visual
        • Seni Halus
        • Teater
        • Reka Bentuk
        • Pendidikan Muzik
        • Muzik
        • Tari
        • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
        • Matematik/ Matematik Tambahan
        • Prinsip Perakaunan
        • Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
        Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
        • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah
        • Bahasa Arab/ Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science and Technology
        • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

        ii. Sekolah Menengah Agama

        a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata
        gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti  berikut :

        • Tasawwur Islam
        • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
        • Pendidikan Syariah Islamiah
        • Bahasa Arab


        b) Di Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata  gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut :

        • Tasawwur Islam
        • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
        • Pendidikan Syariah Islamiah
        • Bahasa Arab 

          Sumber KPM

          Cara Pengiraan Kemasukan Ke Tingkatan 6

          Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6.
          nilai wajaran unit ting 6

          Untuk memuat turun atau download syarat-syarat kemasukan dan soalan lazim (FAQ), sila klik link berikut :-

          Selamat berjaya buat semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 tahun 2017 nanti. 

          Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

          0 comments:

          Post a Comment

          Powered by Blogger.

          PEMBACA