Home » , , » Bonus Kakitangan Awam 2017 Tarikh Pembayaran

Bonus Kakitangan Awam 2017 Tarikh Pembayaran

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Thursday 4 May 2017

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2017. Bilakah tarikh pembayaran dan berapa jumlah bayaran bonus kakitangan awam 2017? Pembentangan Bajet setiap tahun pasti ditunggu-tunggu oleh setiap kakitangan kerajaan kerana ingin mengetahui samada bonus ada atau tidak. Tidak terkecuali pada Bajet 2017. Kakitangan awam yang mengharapkan bonus pada Bajet 2017 pastinya berpuas hati apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 yang akan dibayar kepada seramai 1.6 juta penjawat awam.


  • Terkini 2 Jun  2017: Tarikh Bayaran Bantuan Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 klik Bantuan Khas Raya 

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2017

Bonus Kakitangan Awam 2017 (Bayaran Khas)

Berikut diantara pengumuman PM mengenai pembayaran bayaran khas kakitangan awam/ kerajaan 2017.
"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik,"
Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.
Berikut adalah jumlah dan tarikh bayaran bonus kakitangan awam atau pemberian khas kakitangan kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2017 yang diumumkan pada Jumaat, 21 Oktober 2016. Pemberian khas kepada Kakitangan Awam melibatkan pembayaran RM500 kepada seramai 1.6 juta kakitangan awam dan bayaran RM250 kepada 1 juta pesara.
  • Tarikh Pembayaran : 3 Januari 2017 (Tahun lepas pada 4 Januari 2016 - Isnin)

Jumlah Bayaran Khas

  • Kakitangan awam : RM500
  • Pesara : RM250
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas kakitangan awam adalah mengikut surat pekelililing ANM Peraturan Pembayaran Khas tahun 2016.

Semoga dengan pembayaran Bayaran Khas Kakitangan Awam 2017 ini mampu meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti sektor perkhidmatan awam.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA