Home » , , » Johor Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2017

Johor Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2017

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Tuesday, 9 May 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2017/ 1438H. Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi. Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi negeri Johor Darul Takzim Malaysia bagi Bulan Ramadhan tahun 2017 bersamaan dengan 1438 Hijrah. Jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) dan memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah untuk waktu berbuka dan imsak. 


waktu berbuka puasa negeri Johor 2017
Jadual buka puasa dan Imsak 2017 seluruh negeri di Malaysia boleh di rujuk di Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2017 manakala Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa sila klik Niat & Doa. Senarai bazar Ramadhan di Johor pula boleh dirujuk di Bazar Ramadhan.

Bersahur Dan Berbuka Puasa

Bersahur dan berbuka puasa adalah merupakan adab dan sunat puasa.

  • 1. Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi bersabda :-
Ertinya : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur ialah bermua pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur.

  • 2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW :-
Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat berbuka dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka puasa  

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2017

Berikut dikongsikan waktu berbuka puasa dan waktu Imsak seluruh kawasan dan zon di Negeri Johor tahun 2017.
  • Zon 1 - Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil


zon 1 johor


    • Zon 2 - Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-Pulau Yang berdekatan dengannya


    zon 2 johor


      • Zon 3 Pontian Dan Kluang


      zon 3 johor


        • Zon 4 Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas



        zon 4 johor

        Sumber : JAKIM

        Selamat menjalankan ibadah puasa pada siang hari dan pada malam hari, marilah sama-sama kita mengerjakan solat terawih. Semoga jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Johor 2017 ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin mengetahui maklumat penting berbuka dan sahur sewaktu berpuasa.

        Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

        0 comments:

        Post a Comment

        Powered by Blogger.

        PEMBACA