Home » , , » Tarikh Pembayaran Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam

Tarikh Pembayaran Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Wednesday 10 May 2017

Bantuan Khas Hari Raya 2017 Kakitangan Awam. Menjelang ketibaan musim perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, penjawat awam atau kakitangan kerajaan pastinya tertunggu-tunggu samada mereka bakal mendapat bonus raya/ bantuan khas kewangan atau tidak. Pada tahun lepas, penjawat awam telah menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen). Bantuan ini adalah bukan bonus walaupun sesetengah mereka memanggil bantuan khas Raya ini sebagai bonus. 

Menerusi makluman Facebook Kementerian Kewangan Malaysia, penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima bantuan khas kewangan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Tarikh bayaran bantuan khas raya aidilfitri 2017 kerajaan

Tarikh Pembayaran Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Awam

Terkini : 2 Jun 2017 - Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas Hari Raya 2017 seperti berikut :-
  • Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 untuk Kakitangan Awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
  • Tarikh Bayaran : sebelum 9 Jun 2017
  • Anggaran peruntukkan : RM1 bilion 

bantuan khas hari raya aidilfitri 2017

Siaran Media KKM Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri 2017

Berikut adalah siaran media Kementerian Kewangan Malaysia yang memaklumkan jumlah pemberian bantuan dan tarikh pembayaran. 

tarikh bayaran bantuan khas hari raya aidilfitri 2017

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.
Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

2 Jun 2017

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2016

Cupecas ada menyatakan harapan agar penjawat awam diberikan bonus satu bulan gaji bagi mempersiapkan diri/keluarga pada Hari Raya Aidilifitri Julai 2016 nanti. Cuepacs berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri untuk membincangkan isu ini.

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

Berikut dikongsikan maklumat pemberian bonus raya tahun 2015 yang lepas. Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke 14 (MAPPA XIV) 2015 sedang berlangsung pagi ini dan terdapat beberapa pengumuman penting yang akan di buat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang pasti ditunggu-tunggu oleh kakitangan awan terutamanya bonus Hari Raya 2015. Untuk makluman, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) dengan tema "Mendepani Realiti Baharu Negara 2015 diadakan seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh : 17hb Jun 2015 (Rabu)
  • Masa : 8.30 hingga 11.30 pagi
  • Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 
Amanat oleh : YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

Berikut di antara amanat dan butiran pengumuman penting yang telah di buat oleh PM pagi ini :-
  • Bantuan Khas Kewangan (Bonus) Hari Raya 2015 untuk Kakitangan Awam (Gred 54 dan ke bawah) sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
  • Tarikh Bayaran 25 Jun 2015 
  • Kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan naik daripada RM180 ke RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 ke bawah mulai 1 Nov 2015
  • Penjawat awam yang mendiami kuarters akan terima 25 peratus imbuhan tetap perumahan mengikut kelayakan

Dinasihatkan agar kakitangan awam yang mendapat bonus raya ini dapat menggunakan wang dengan cara yang betul dan berbelanja dengan berhemah.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA