Home » , , » Tarikh Sambutan Hari Bapa 2017 Di Malaysia

Tarikh Sambutan Hari Bapa 2017 Di Malaysia

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Saturday, 13 May 2017

Bila Tarikh Sambutan Hari Bapa 2017 Di Malaysia? Seorang ayah atau ada yang menyebut sebagai bapa, abah, bak, abi, daddy dan sebagainya adalah seorang lelaki dan merupakan pasangan kepada ibu yang melahirkan seseorang. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Dalam kontek ayah, biasanya kita akan menyambut Hari Bapa 2017

Tarikh Hari Bapa 2017

Maka lahirlah sambutan hari tertentu seperti sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Tarikh Sambutan Hari Bapa 2017 di Malaysia kali ini jatuh pada minggu ketiga bulan Jun. 

Walau bagaimanpun tarikh hari bapa di setiap negara adalah berbeza sama sekali. Bagi negara kita Malaysia, hari bapa  akan jatuh pada 18 Jun 2017 (Ahad).

Hari bapa 2017


  • Lihat Koleksi Ucapan Hari Bapa di SINI

Hukum Sambutan Hari Bapa

Sambutan Hari Bapa sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya. Soal jawab agama di bawah ini moga dapat membantu kita memahami batas agama dalam menyambut Hari Bapa. 

Apakah Hukum Menyambut Hari Bapa?

Soalan salam saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa sambutan hari ibu itu adalah berasal dari kaum yahudi dan adakah ianya benar ? Apakah hukumnya menyambut hari ibu? bagaimana pula sambutan hari bapa ? saya agak keliru dengan penyataan tersebut. 

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, Mengenai kenyataan yang terdapat di dalam artikel tersebut, Panel masih tidak dapat untuk mengesahkannya. Walau bagaimanapun, di dalam persoalan sambutan hari ibu dan hari bapa ini, masyarakat Islam adalah diharuskan untuk menyambutnya dengan syarat perayaan atau sambutan tersebut tidak dikaitkan dengan mana-mana ajaran daripada mana-mana agama yang lain. 

Matlamat atau objektif sambutan hari tersebut juga perlu ditentukan adalah untuk melahirkan rasa sayang, cinta dan kasih serta penghormatan seorang anak kepada ibu dan ayahnya dan tidak lebih daripada itu. Sebagai kesimpulannya, sambutan hari ibu dan hari bapa boleh disambut oleh orang Islam sekiranya ia disambut semata-mata untuk mengenang segala jasa, budi dan pengorbanan yang telah mereka curahkan dan seterusnya dapat menambahkan lagi rasa sayang, cinta dan kasih kepada mereka. 

Selain itu, di dalam menyambut hari ibu dan hari bapa ini masyarakat Islam perlu membuat perubahan agar ia lebih jelas tidak mengikuti mana-mana ajaran atau budaya agama ataupun kaum bukan Islam yang lain dengan menyambut hari tersebut pada setiap bulan bersama-sama semua ahli keluarga dan bukannya hanya sekali dalam satu tahun. 

Selain itu juga adalah dicadangkan agar kedua-dua hari tersebut (Hari Ibu dan Hari Bapa) disambut serentak pada satu hari. Hal ini akan membezakan lagi sambutan tersebut dengan sambutan yang disambut oleh agama ataupun kaum yang lain. Dalam hal ini, permuafakatan dan persetujuan bersama sesama ahli keluarga amat diperlukan untuk menentukan dan memilih hari yang bersesuaian bagi keluarga tersebut. Dengan cara ini, masyarakat Islam akan kelihatan mampu untuk berdiri dengan identitynya yang tersendiri (tidak mengikut cara orang lain) dan dapat membebaskan diri daripada pengaruh unsur-unsur dan budaya barat. 

Akhirnya, umat Islam dapat mencorakkan kehidupan mereka berasaskan warna dan gubahan yang telah dilakarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran dan hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam. Mengenai pengisian aktiviti pada majlis sambutan hari tersebut pula, Panel mencadangkan agar sambutan tersebut diisi dengan beberapa program seperti solat berjema’ah, bacaan Al-Quran, terjemahan ayat yang dibaca, bacaan doa, tazkirah dan jamuan makan bersama-sama ahli keluarga. 

Apabila agenda seperti ini dapat dilakukan berulang kali, nescaya hubungan sesama ahli keluarga akan dapat ditambah eratkan lagi. Apatah lagi jika bersama-sama memasak juadah dan minuman untuk sajian pada majlis tersebut. Semoga dengan usaha tersebut akan terlahirlah sebuah keluarga yang bahagia, mesra dan seterusnya sambutan hari tersebut dapat menambahkan lagi rasa syang dan cinta kepada ibu, ayah dan keluarga. Wallahu 'alam. Selamat hari bapa diucapkan kepada semua kaum lelaki yang bergelar sebagai seorang ayah. Rujukan - Islam Grid

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA