Lafaz Niat Puasa Enam Di Bulan Syawal. Niat puasa Enam Syawal? Sempena Bulan Syawal yang mulia ini marilah kita sama-sama mengerjakan ibadah puasa enam Syawal. Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164
* Niat puasa ganti Ramadhan di Qada Puasa
Lafaz Niat Puasa Enam Di Bulan Syawal Beserta Bacaan Rumi
Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalah seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya. Sumber Islam Grid
Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Sumber Shafiqolbu
Lafaz Niat Puasa Enam (6) Dalam Rumi dan Bahasa Arab
Lafaz Niat Puasa Enam (6) Dalam Bahasa Melayu
“Daku berniat puasa hari esok dari enam bulan Syawal, sunat kerana Allah Taala”
Puasa Qada' Dan Puasa Enam Syawal
Dikongsikan dari Facebook Koleksi Kuliah UAI :-- 1. Ada khilaf bab qadar puasa wajib di sekalikan dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.
- 2. Afdal di buat qada' dulu baru sehingga selesai baru dibuat puasa sunat bulan Syawal.
- 3. Tapi harus (di bolehkan) jika hendak di buat serentak qadar puasa Ramadhan dan puasa sunat Syawal. Serta mendapat 2 pahala serentak.
- 4. Jika di buat pada Hari Isnin atau Khamis pula akan dapat pahala ke 3 serentak sebab: 1. Puasa qada' Ramadhan 2. Puasa sunat Syawal 3. Puasa sunat hari isnin atau khamis.
- 5. Pilihan di hati masing-masing.
Niat Puasa Qada' Ramadhan Sekali Dengan Puasa Enam Syawal
Berikut dikongsikan niat puasa untuk panduan semua.Semoga perkongsian Lafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal ini bermanfaat buat semua. Selamat menjalankan ibadah puasa.
Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA
0 comments:
Post a Comment