Cara Memohon Biasiswa JPA PIDN 2017 Online. Perhatian buat pelajar yang berniat untuk mendapatkan biasiswa JPA PIDN. Dipetik dari Portal eSILA, permohonan pinjaman boleh ubah JPA PIDN 2017 Online Program Ijazah Dalam Negara akan dibuka bermula dari 13 Jun 2017 (Hari Selasa) bermula jam 900 pagi.
PIDN merupakan program penajaan kepada 7,000 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).
Permohonan JPA PIDN 2017 Program Ijazah Dalam Negara Online
Berikut dikongsikan maklumat penting berkenaan dengan Permohonan JPA PIDN 2017 Online yang mengandungi tarikh penting, syarat permohonan, bidang pengajian, soalan lazim dan applikasi permohonan.Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian untuk memohon penajaan di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2017. Pelajar akan ditaja di peringkat ijazah pertama di institusi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara kaedah Pinjaman Boleh Ubah (PBU).
- Tarikh Buka : 13 Jun 2017 (Selasa)
- Tarikh Tutup : 19 Jun 2017 (Isnin)
- Bidang pengajian penajaan : Bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.
- Bentuk Penajaan Pelajar : Pinjaman Boleh Ubah
Applikasi Permohonan JPA PIDN
- Sila klik eSILA
Syarat Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2017
Akan dikemaskini syarat permohonan PIDN tahun 2017.Berikut adalah syarat permohonan JPA PIDN 2016 Online Program Ijazah Dalam Negara :-
- Warganegara Malaysia,
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit- penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
- Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tarikh permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
- Berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian;
- Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama.
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada malkumat di bawah ini :-Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 6, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
Pertanyaan Penajaan
W: 8:00 pagi - 5.00 petangT: 03-8885 3049 (10 talian)
E: pidn2015@jpa.gov.my
Sumber : eSILA PIDN
Selamat membuat Permohonan JPA PIDN 2017 Online Program Ijazah Dalam Negara. Semoga anda berjaya mendapat tawaran penajaan ini nanti.
Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA
0 comments:
Post a Comment