Home » , » Permohonan Matrikulasi 2018/ 2019 Online

Permohonan Matrikulasi 2018/ 2019 Online

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Monday 5 June 2017

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2018/ 2019 Online. Anda berminat membuat permohonan Matrikulasi sesi kemasukan 2018/ 2019? Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2018/ 2019 untuk calon lepasan SPM 2017 akan dibuka bermula 1 Julai 2017 sehingga 30 November 2017. Untuk makluman, permohonan Matrikulasi tahun lepas telah dilanjutkan sehingga 24 Disember 2016.

Program Matrikulasi KPM Sesi 2018/ 2019 Online

  • Berikut dikongsikan maklumat dan panduan dalam membuat permohonan Matrikulasi sesi 2018/ 2019
  • Permohonan kemasukan Program Matrikulasi KPM boleh di buat secara online di Applikasi Permohonan Melalui Internet (PMI).
  • Program Matrikulasi KPM dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, KPM dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.
cara memohon program Matrikulasi 2018 online

Pemohon disyorkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan. Senarai lokasi Matrikulasi di Malaysia sila klik Kolej Matrikulasi.

Cara Buat Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2018/ 2019 Online

Berikut disertakan link-link penting yang berguna kepada pemohon semasa membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2018-2019:-

Lulusan Matrikulasi diberi Sijil Mulai 2016

Mulai tahun 2016, lulusan Matrikulasi KPM akan menerima sijil, sama seperti lepasan STPM. Ianya bagi memudahkan mereka untuk memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta

Syarat Permohonan Dan Kelayakan Minimum

* Akan dikemaskini. Syarat di bawah adalah untuk permohonan Matrikulasi sesi 2018-2010.
  • Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2017
  • Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2017  

Bagi mengikuti Jurusan Sains: 

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.     

Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan:   

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).

Bagi mengikuti Aliran Teknikal:   

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM

a)     Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut:

Jurusan Sains

1.   C    Bahasa Melayu
2.   C    Bahasa Inggeris
3.   B    Matematik
4.   C    Matematik Tambahan
5.   C    Kimia
6.   C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :            

  •     Fizik
  •     Biologi

Jurusan Perakaunan

1.  C     Bahasa Melayu
2.  C     Bahasa Inggeris
3.  C     Matematik
4.  C     dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :

  •     Prinsip Perakaunan
  •     Ekonomi Asas
  •     Keusahawanan
  •     Perdagangan
  •     Sains Tambahan
  •     Fizik
  •     Kimia
  •     Biologi 
  •      Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
5.  E     Matematik Tambahan   

Aliran Teknikal

1.  C    Bahasa Melayu
2.  C    Bahasa Inggeris
3.  B    Matematik
4.  C    Matematik Tambahan
5.  C    Fizik
6.  C    dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :

Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan   

7.  E   E
8.  B  Lukisan Kejuruteraan


Untuk sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083.

Selamat membuat Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2018/ 2019 Online untuk pelajar lepasan SPM 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM jangkaan pada April 2018 nanti.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA