Home » , , » Elaun Pelajar IPG PISMP Dihentikan Mulai Jun 2018

Elaun Pelajar IPG PISMP Dihentikan Mulai Jun 2018

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Saturday, 15 July 2017

Elaun Sara Hidup Pelajar IPG PISMP Dihentikan Bermula Jun 2018. PTPTN menanti tiada lagi Elaun sara hidup PISMP. Berita kurang baik buat pelajar pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan media memaklumkan yang elaun pelajar PISMP di IPG akan dihentikan bermula Jun tahun 2018. 

Adalah diharapkan penghentian elaun pelajar PISMP di IPG ini tidak membantutkan usaha kerajaan dalam melahirkan guru yang berwibawa dalam melahirkan rakyat yang berjaya.

Elaun Sara Hidup Pelajar PISMP Dihentikan Bermula Jun 2018

Berikut dikongsikan kenyataan media KPM berkaitan dengan elaun sara hidup Pelajar Instiut Pendidikan Guru (IPG). 

Elaun sara hidup pelajar IPG PISMP Dihentikan

Kenyataan Media KPM - Elaun Pelajar PISMP Di IPG Dihentikan

Insititut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa :-
  1. Bagi pelajar IPG Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Merguruan (PPISMP) ambilan baharu bulan Jun 2017, bayaran elaun sara hidup RM430.00 sebulan dan belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500.00 untuk sekali setahun akan terus dibayar sepanjang tempoh program PPISMP (1 tahun)
  2. Pelajar IPG sediada (ambilan sebelum bulan Jun 2017) akan terus menerima elaun seperti yang telah diselaraskan mulai 1 Januari 2017. Iaitu pada kadar RM430 sebulan disamping belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian
  3. Bagi pelajar baru ambilan Jun 2017 yang menyambung pengajian peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP - tempoh pengajian 4 tahun) TIADA elaun akan diberikan mulai ambilan bulan Jun 2018. Namun begitu, yuran pengajian yang berjumlah RM27,831 akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama 4 tahun
  4. IPGM telah berbincang dengan pihak PTPTN untuk menyenaraikan IPGM sebagai salah satu agensi penerima PTPTN bagi membolehkan pelajar IPG yang akan menyambung pengajian ke Peringkat PISMP mulai Jun 2018 menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup

Ringkasan Status Bayaran Elaun Pelajar IPG 

Berikut adalah ringkasan elaun sara hidup pelajar IPG setelah pengumuman dari KPM :-

Pelajar PPISMP

  • Elaun Sara Hidup RM430.00 
  • Yuran Pengajian RM8,963.00 
  • Tambang tidak melebihi RM500.00 sekali setahun berdasarkan tuntutkan sebenar perjalanan

Pelajar Sediada PISMP Sebelum Ambilan Jun 2017

  • Akan terus menerima elaun seperti yang diselaraskan mulai 1 Januari 2017
  • Kadar elaun sara hidup RM430 sebulan
  • Belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian

Pelajar PISMP Ambilan Jun 2017

  • Tiada sebarang bayaran Elaun sara hidup
  • Yuran Pengajian berjumlah RM27,831.00 ditanggung oeh kerajaan

Dengan pengumuman Elaun Pelajar IPG PISMP Dihentikan Mulai Jun 2018, Pinjaman PTPTN nampaknya diperlukan kepada yang memerlukannya dalam menampung kos sara hidup sepanjang pengajian.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA