Home » , , » Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2018 MTD Online

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2018 MTD Online

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Sunday 9 July 2017

Permohonan Kemasukan Putera MTD 2018 Online. Bagaimana cara memohon kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja secara online? Untuk perhatian pelajar Tingkatan 3, permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Sesi 2018 akan di buka untuk pelajar PT3 tahun 2017. 

Permohonan Kemasukan Putera 2018 secara Online ini akan dibuka bermula dari 10 Ogos 2017 sehingga 20 September 2017. Iklan dan applikasi permohonan serta syarat permohonan MTD dikongsikan di bawah ini.


Permohonan MTD 2018 secara Online

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2018 MTD Secara Online

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting dalam membuat permohonan kemasukan Putera 2018 Maktab Tentera DiRaja online :-

  • Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian (online) melalui laman web www.rmc.edu.my 
  • Permohonan dibuka untuk pelajar - pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2017.
  • Tarikh buka permohonan adalah bermula 10 Ogos 2017 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 20 September 2017 
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-8946 5565/ 03-8965 5562

Syarat Permohonan MTD 2018

Syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 tahun 2018 adalah seperti berikut:- 

Kelayakan Akademik Dan Permohonan MTD

  • Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2017 iaitu sekurang-kurangnya 7A
  • Kelayakan Memohon : Pengambilan Putera MTD Tingkatan Empat Sesi Pengajian Tahun 2018-2019 adalah berdasarkan kepada keputusan Peperiksaan Percubaan PT3 tahun 2017. Calon-calon yang mendapat keputusan 5A layak memohon bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai merit yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum

Syarat Kelayakan Fizikal Dan Kesihatan


  • Warganegara Malaysia lelaki berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2018. 
  • Jantina - Lelaki. 
  • Tinggi Minimum - 152 sm. 
  • Berat Minimum - 40.5 kg. 
  • Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27. 
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas) 
  • Penglihatan - baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12). 
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak. 

Panggilan Menghadiri Ujian Pemilihan Dan Temuduga Awal

Senarai calon yang layak dipanggil menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal akan disiarkan menerusi Facebook rasmi MTD (Maktab Tentera DiRaja) dan Laman Web Rasmi MTD seminggu (7 hari) selepas tarikh tutup permohonan. 

  • Tambang, kos perjalanan bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal adalah atas tanggungan calon-calon, manakala kerperluan penginapan dan sajian akan disediakan oleh pihak MTD

Semakan Tawaran Kemasukan Ke MTD 2018

Calon-calon yang Lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal dikira berjaya apabila memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan sebenar PT3 2017 serta lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga AKhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD. 

  • Surat tawaran kemasukan (BERJAYA/ GAGAL) akan dimaklumkan kepada calon-calon selepas Temuduga Akhir dan akan disiarkan di Laman Facebook Rasmi MTD dan Laman Web rasmi MTD dijangka pada penghujung bulan Disember 2017.

Yuran Pengajian Dan Elaun MTD

Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran Putera dan kebajikan). Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 pada tiap-tiap bulan 

Selamat membuat permohonan Maktab Tentera DiRaja 2018 MTD Online kepada pelajar PT3 2017. Diucapkan semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan Putera MTD nanti. Sumber : Iklan Kemasukan MTD

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA