Home » , » Semakan Keputusan PraSekolah 2018 Online

Semakan Keputusan PraSekolah 2018 Online

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Thursday 20 July 2017

Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah KPM 2018. Bilakah tarikh semakan PraSekolah 2018? Perhatian buat ibu bapa dan penjaga yang telah membuat permohonan pendaftaran ke PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Mac/ April yang lalu. Menerusi makluman Manual Permohonan e-PraSekolah, Semakan Keputusan PraSekolah 2018 Online boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2017 (tertakluk kepada pindaan). 

Dikongsikan juga maklumat berkaitan cara membuat permohonan rayuan PraSekolah serta tarikh semakan rayuan. Untuk ibu bapa atau penjaga yang telah membuat permohonan kemasukan murid ke Tahun 1 2018, sila rujuk KEMASUKAN TAHUN 1 untuk maklumat tarikh penting dan applikasi semakan.

Keputusan permohonan PraSekolah 2018 Online

Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah 2018 Online

Seperti yang dinyatakan dan menerusi maklumat di manual permohonan e-PraSekolah, Ibu bapa/ penjaga boleh membuat semakan status permohonan ke Pra Skolah KPM 2018 anak mereka melalui beberapa kaedah seperti berikut :-

a. Semakan Online Secara Dalam Talian

Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my bermula dari 5 Ogos 2017 (tertakluk kepada pindaan)

b. Secara Manual Iaitu Melalui Sekolah Dimohon

Semakan keputusan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2017 (tertakluk kepada pindaan)

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke PraSekolah 2018 KPM

Berikut adalah sedikit panduan buat ibu bapa/ penjaga yang ingin membuat rayuan permohonan kemasukan:-
  • a. Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan
  • b. Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW
  • c. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2017 (tertakluk kepada pindaan)
  • d. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi :- 
  • a. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah) 
  • b. Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah) 
  • c. Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah) Atau 
  • Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat eprasekolah@moe.gov.my 

Selamat membuat Semakan Keputusan PraSekolah 2018 Online. Tahniah kepada murid yang berjaya dalam permohonan.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA