Rayuan Kemasukan Ke Matrikulasi Sesi 2017/ 2018 Online. Tahniah kepada pemohon yang berjaya menerima tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM. Semakan Keputusan tawaran kemasukan sesi 2017/ 2018 telah diumumkan pada 27 April 2017. Kepada mereka yang gagal, anda boleh merayu dan pemohon boleh merayu dari tarikh 27 April sehingga 11 Mei 2017.
Cara Buat Rayuan Matrikulasi 2017 Online
Rayuan Matrikulasi dibuat secara online di Bahagian Matrikulasi. Namun begitu, pemohon boleh membuat rayuan dengan cara lain :- a. Datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk mengisi borang rayuan.
BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 6 & 7, BLOK E 15, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Telefon: 03-8884 4083
Faks: 03-8884 4028
E-mel: webmaster.matrikulasi@moe.gov.my
- b. Menulis surat permohonan rayuan secara rasmi contoh surat rayuan Matrikulasi di SURAT RAYUAN. Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.
Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2017
Untuk mengetahui keputusan rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi, bermula 8 Jun 2017. Anda boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut untuk membuat semakan status rayuan :- 1. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
- 2. Semakan dalam laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my atau di Matrikulasi
- 3. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. K.P dan hantar kepada 15888.
* SEMAKAN KEPUTUSAN UPU SESI 2017/ 2018 ONLINE DI UPU 2017 Online
Selamat membuat permohonan rayuan Matrikulasi 2017/ 2018. Semoga anda berjaya diterima masuk ke Program Matrikulasi KPM nanti.
Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA
0 comments:
Post a Comment