Home » , , » Semakan Keputusan Pengajian Timur Tengah 2017 Online

Semakan Keputusan Pengajian Timur Tengah 2017 Online

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Wednesday 5 April 2017

Semakan Keputusan Permohonan Universiti Di Timur Tengah 2017 Secara Online. Anda ada membuat permohonan Pengajian Timur Tengah 2017 Online? Dipetik dari Applikasi Permohonan Pelajar ke Universiti di Timur Tengah, adalah dimaklumkan bahawa keputusan layak memohon ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi kemasukan 2017/2018 boleh disemak secara online bermula 27 April 2017.

Semakan lepasi syarat Pengajian Timur Tengah 2017

Semakan Keputusan Pengajian Timur Tengah 2017 Online

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan bagi Pengajian ke Universiti di Timur Tengah seperti berikut :-
  1. Semakan lepasi syarat bagi permohonan pelajar ke Timur Tengah (MESIR, JORDAN dan MOROCCO) dalam bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Diploma Qiraat, Ulum Islamiah dan Pengajian Islam telah dibuka mulai 27 April 2017 (Khamis) jam 12.00 tengahari. 
  2. Sila daftar masuk ke sistem untuk semakan. 
  3. Pemohon yang lepasi syarat perlu menghantar dokumen sokongan yang lengkap selewat-lewatnya pada 26 Mei 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang. Permohonan yang lewat tidak akan diterima dan diproses.
  4. Semakan keputusan bagi pelajar yang membuat permohonan ke Mesir dalam Bidang Pengajian Islam bagi sesi kemasukan 2017/2018 telah di tutup.
Semakan keputusan layak memohon boleh disemak di :-

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226.
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam Semakan Keputusan Pengajian Timur Tengah 2017 Online.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA