Home » , » Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Negara Bangsa

Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Negara Bangsa

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Wednesday 5 April 2017

Tema Hari Guru 2017. Apakah tema hari guru 2017 kali ini? Guru Pembina Negara Bangsa telah dipilih sebagai tema Hari Guru 2017. Tarikh 16 Mei setiap tahun dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. 

Guru Pembina Negara Bangsa

Tahun ini Hari Guru 2017 akan jatuh pada 16 Mei 2017 dengan tema - Guru Pembina Negara Bangsa. Pelancaran Perayaan Hari Guru 2017 Peringkat Kebangsaan Ke-46 akan diadakan pada 16 Mei 2017 di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri,Johor. 

Objektif Hari Guru Malaysia

Berikut adalah objektif diadakan Hari Guru :-
  • 1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • 2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • 3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  • 4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • 5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
  • 6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Senarai Tema Hari Guru

Berikut adalah senarai tema hari gur dari tahun 2000 hingga sekarang :-
  • 2016/ 2017   Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2015   Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
  • 2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  • 2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  • 2010   Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2009   Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
  • 2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Huraian Tema Guru Pembina Negara Bangsa

Berikut adalah huraian tema Hari Guru 2017 :-
tema 1
tema 2
tema 3


Selamat menyambut Hari Guru 2017 dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA