Home » , , » Harga Lesen Memandu Terkini 2017

Harga Lesen Memandu Terkini 2017

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Wednesday 10 May 2017

Harga Lesen Memandu Terkini. Kita sudah memasuki tahun 2016 yang serba mencabar ini. Selepas pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 yang lalu banyak barangan dan perkhidmatan yang naik harga. Tidak terkecuali ada yang turun harga dan ada juga yang kekal dengan harga lama. Berikut adalah Harga Terkini kadar bayaran bagi Lesen memandu Kenderaan yang dipetik dari Portal JPJ. Kadar terkini ini melibatkan tiada kenaikan selepas GST. 

Dikongsikan juga kadar bayaran bagi mendapatkan lesen memandu terkini seperti lesen motorsikal, kereta dan sebagainya. Semuanya ada dikongsikan di bawah ini.

yuran lesen memandu

HARGA LESEN MEMANDU TERKINI

Berikut dikongsikan senarai harga lesen memandu terkini 2017 merangkumi kadar bayaran lesen memandu dan harga belajar lesen memandu kereta dan motorsikal.

1. Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Pemandu

Berikut adalah Jadual kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan pemandu. Sumber JPJ
JENIS LESENKADAR BAYARAN (RM)TEMPOH
LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
Kelas A2.003/6bulan
Kelas B2 (tunggal)2.00/4.003/6 bulan
Kelas B/C20.00/40.003/6bulan
Kelas D dan lain-lain30.00/60.003/6 bulan
LESEN PERCUBAAN (PDL)
Kelas A/A12.002 tahun
Kelas B2 (tunggal)2.002 tahun
Kelas B/C40.002 tahun
Kelas D/E/F/G/H/I60.002 tahun
LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)
Kelas A/A12.001 Tahun
Kelas B2 (tunggal)/B/C20.001 tahun
Kelas D /E/F/G/H/I30.001 tahun
LESEN MEMANDU VOKASIONAL
Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)/Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau CON20.001 tahun
Permit Memandu Antarabangsa (IDP)150.001 Tahun
Salinan Lesen Memandu20.00-
Cabutan Maklumat Lesen Memandu10.00-
Pindaan Maklumat Lesen Memandu10.00-
Tambah Kelas Lesen Memandu5.00-

2. Kadar Bayaran Bagi Mendapatkan Lesen Memandu Kereta Dan Motor Bermula 1 September 2014.

Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 15 September 2014,  pihak JPJ telah menetapkan harga siling (harga kawalan) lesen memandu mulai 1 September 2014 yang berkuatkuasa disemua Institut atau Sekolah Memandu diseluruh negara. Tujuan utama harga siling lesen memandu dikuatkuasakan adalah untuk mengelakkan sekolah memandu meletakkan harga lesen yang terlalu tinggi dan tidak munasabah. Oleh itu, sekolah memandu yang ingkar dan tidak mematuhi harga kawalan tersebut boleh dikenakan tindakan tegas.

a) Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motor Mulai 1 September 2014


Harga Lesen Memandu

Panduan Kategori Kelas Memandu Malaysia JPJ Mulai 1 September 2014
  • B – Motosikal melebihi 500 cc
  • B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • D – Lesen Kereta Transmisi Manual
  • DA- Lesen Kereta Transmisi Automatik
Tarikh Kuatkuasa Harga Baru Lesen Memandu Mulai 1 September 2014
Pihak JPJ dalam satu kenyataan telah menguatkuasakan harga terkini lesen memandu mulai 1 September 2014.

3. Harga Terkini Belajar Lesen Memandu 2017

Berikut adalah harga terkini untuk mendapatkan lesen memandu (belajar) yang dikongsikan dari beberapa buah syarikat memandu di Malaysia. Terdapat perbezaan harga di antara negeri di Malaysia.

1. Shah Alam, Selangor

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,700 hingga RM1,800
Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1,300 hingga RM1,500
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM600
Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM1,200
Lesen Memandu Lori E Full : RM1,300
Lesen Teksi : RM800
Lesen Memandu Bas/ Bersendi Lori : RM1,500
Lesen GDL (Lori kurang 3 tan) : RM300
INSTITUT MANDU CEKAP HI-TEC SDN BHD, SHAH ALAM

2. IMKL, Kuala Lumpur

Lesen Memandu Kereta D : RM1,219
Kereta Auto DA : RM1,325
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM371

Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM950
Lesen Memandu Kereta dan Motorsikal (B2D) : RM1,431 

Sumber : IMKL

3. Klang, Selangor

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,860
Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1,660
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM598
Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM1,500

Lesen Memandu Lori E Full : RM1,400
Marwan Driving Academy, Meru Klang 

4. Johor Bahru, Johor

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,620
Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1,514
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM500
Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM1,158.60
* Harga termasuk GST

Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad, Johor

5. Alor Gajah, Melaka

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM955.80
Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM849.80
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM267.58
* Pembayaran secara ansuran disediakan

** Harga tidak termasuk Lesen L dan Lesen P
Pusat Memandu Zapcity 

6. Kota Kinabalu, Sabah

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM2,070
Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1,750
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM770

IMW Institut Memandu Wiinajasa Putatan 

Harga lesen memandu di atas adalah sebagai panduan. Jika berminat untuk mendapatkan lesen, anda boleh mengunjungi pusat belajar memandu yang berdekatan di tempat tinggal anda. Harga yang ditawarkan mungkin berbeza daripada apa yang dikongsikan bergantung kepada promosi syarikat, bayaran secara ansuran dan sebagainya.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA