Home » , » Semakan Tingkatan 6 2017 Online

Semakan Tingkatan 6 2017 Online

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Wednesday 10 May 2017

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2017/ 2018. Bilakah tarikh semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan 6 (Form 6) tahun 2017? Pasti rasmi pelajar lepasan SPM yang menanti dengan penuh debar samada mereka layak atau tidak. Untuk makluman, keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan akan diumumkan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala.


SEMAKAN TINGKATAN 6 2017 ONLINE

Tarikh Semakan Tawaran Tingkatan 6 2017

Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 tahun 2017 ini. Untuk makluman, tarikh keputusan tawaran pada tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:-


  • Tahun 2017 : 16 April sehingga 12 Mei 2017 (RASMI)
  • 2016 : 14 April 2016 hingga 27 Mei 2016. Sumber KPM
  • Tahun 2015 : telah diumumkan pada 15 April 2015
  • 2014 pada 24 April 2014

Pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada KPM mengenai tarikh semakan tawaran tingkatan 6 sesi 2017-2018 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 6 BAWAH TAHUN 2017

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai tarikh semakan, applikasi semakan dan sebagainya buat panduan pelajar semua :-

1) Semakan secara online
  • Keputusan tawaran Tingkatan 6 boleh disemak bermula dari 16 April sehingga 21 Mei 2017. Tarikh pendaftaran adalah pada 2 Mei 2017
  • Tahun 2015, semakan mulai 15 April 2015 jam 12 .01 malam  sehingga 4 Jun 2015 jam 11.59 malam 
  • Link APPLIKASI SEMAKAN Form 6 2017 : SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 2017

2) Semakan melalui SMS 

Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah berikut:-
1) Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
2) Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

semakan tingkatan 6 sms

Nota Penting Tawaran Tingkatan 6 2017

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 02 Mei 2017. 

  • 1. Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan. 
  • 2. Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2017, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2018. 

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2017

Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan dengan merujuk panduan borang rayuan kemasukan Tingkatan 6 di Rayuan Tingkatan 6 2017
  • Semakan keputusan tawaran UPU ke IPTA SESI 2017/ 2018 KLIK SEMAK UPU
Kepada pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6, semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2017/ 2018 dijangka akan diumumkan pada pertengahan Jun 2017 (Tarikh rasmi semakan rayuan Tingkatan 6 adalah pada 14 Jun sehingga 23 Jun 2017). 

Sila klik applikasi semakan keputusan rayuan di https://sst6.moe.gov.my/keputusanrayuanT6/ untuk menyemak tawaran.

Nota Penting : Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 19 Jun 2017

Soalan Penting Tawaran Tingkatan 6

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?
Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.
2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?
Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun
Anda boleh memuat turun dokumen berikut sebagai panduan :-
* Segala informasi adalah tertakluk kepada perubahan
 
Bagi mereka yang gagal, anda boleh merayu di link applikasi semakan yang sama.

Tahniah kepada pelajar yang yang mendapat tawaran ke Tingkatan 6 tahun 2017. Semoga anda berjaya dalam pelajaran anda dalam mencapai cita-cita pada masa depan.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA