Home » , » Tarikh Hari Raya Puasa 2017 Aidilfitri Di Malaysia

Tarikh Hari Raya Puasa 2017 Aidilfitri Di Malaysia

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Thursday 11 May 2017

Tarikh Hari Raya Puasa/ Aidilfitri 2017 Di Malaysia. Bilakah tarikh Hari Raya Puasa 2017 di Malaysia? Menurut Kalendar Islam 2017 yang dikeluarkan oleh JAKIM, umat Islam dijangka akan menyambut Hari Raya Puasa/ Aidilfitri 2016 pada 25 Jun 2017 iaitu pada hari Ahad bersamaan dengan 1 Syawal 1438 Hijrah. Ianya merupakan tarikh cuti umum di Malaysia.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ini walau bagaimanapun masih tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Syawal yang telah ditetapkan pada hari Sabtu, 24 Jun 2017 bersamaan dengan 29 Ramadhan 1438 H. 

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2017

TARIKH HARI RAYA PUASA 2017 AIDILFITRI DI MALAYSIA

Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri akan diumumkan dan diisytiharkan melalui radio dan TV pada malam 24 Jun 2017 (Sabtu) yang pada kebiasaannya sekitar jam 800 malam

1 SYAWAL 1438H bersamaan dengan 25 Jun 2017 (Ahad)
* Tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Berikut adalah tarikh penting dalam Kalendar Islam 2017 yang dikeluarkan oleh JAKIM sebagai panduan untuk Umat Islam semua.


tarikh penting kalendar islam 2017

Semoga Tarikh Hari Raya Puasa 2017 Aidilfitri Di Malaysia ini boleh dijadikan panduan untuk merancang perjalanan balik kampung atau percutian semasa hari raya nanti. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA