Home » , » Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Thursday, 11 May 2017

Bila Tarikh Duit BR1M 2017 Masuk - Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bilakah tarikh bayaran BR1M 2017? Dalam pembentangan Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2017 dengan jumlah bantuan dinaikkan. Mengikut rekod pembayaran tahun-tahun lepas, tarikh Pembayaran BR1M 2017 telah dibuat secara ansuran sebanyak 4 kali kecuali kategori bujang hanya sekali. Namun untuk tahun 2017, pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang.


Pembayaran BR1M 2017

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2017 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Tarikh Permohonan dan kemaskini BR1M 2017 boleh dibuat bermula dari 5 Disember hingga 31 Disember 2016. Permohonan telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2017.

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200

  • Daftar Borang eKasih
  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400. Bayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017. Bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank pula adalah mulai 22 Februari 2017.
  • Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
  • Ansuran Ketiga : Mulai 16 Ogos 2017 secara berperingkat : RM400. Pembayaran melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama dan kedua tempoh hari

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar). 22 Februari 2017 (Akaun Bank))
  • Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
  • Ansuran Ketiga : Bermula 16 Ogos 2017 secara berperingkat : RM400. Pembayaran melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama dan kedua tempoh hari

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300 (Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar). 22 Februari 2017 (Akaun Bank))
  • Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
  • Ansuran Ketiga : Bermula 16 Ogos 2017 secara berperingkat : RM300. Pembayaran melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama dan kedua tempoh hari

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2017 : RM450 (Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar). 22 Februari 2017 (Akaun Bank))
Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.

Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2017

Berikut adalah kaedah pembayaran BR1M 2017 melalui beberapa kaedah pembayaran :-

1. Akaun Bank

  • Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.

2. Baucar BR1M

  • Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.
  • Tarikh sah penunaian Baucar BR1M 2017 adalah sehingga 30 November 2017. 

Hotline BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, boleh hubungi:
  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my.

Semoga panduan Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermanfaat buat semua penerima BR1M.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA