Keputusan Undian Kumpulan Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Laluan mudah buat pasukan Malaysia di peringkat kumpulan Bolasepak Sukan SEA 2017. Dipetik dari FB Rasmi FAM, keputusan undian peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bakal menyaksikan Malaysia diletakkan di Kumpulan A bersama naib juara dan musuh tradisi, Myanmar dan Singapura. Undian telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Julai 2017.
Untuk Sukan SEA 2017 kali ini, jurulatih Datuk Ong Kim Swee telah menyenaraikan barisan terkuat untuk skuad Malaysia B22. Aksi peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2017 akan berlangsung di Stadium Shah Alam untuk Kumpulan A dan Stadium MP Selayang untuk Kumpulan B.
Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur
Berikut adalah keputusan undian peringkat kumpulan bolasepak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Sebanyak 11 pasukan bakal bertanding dibahgikan kepada 2 kumpulan. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan Separuh Akhir.Undian Bolasepak Tahun 2017
KUMPULAN A
- Malaysia, Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei
KUMPULAN B
- Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Timor Leste dan Filipina
Sebagai perbandingan berikut adalah keputusan undian Bolasepak Sukan SEA 2015 di Singapura pada temasya yang lepas.
TAHUN 2015
KUMPULAN A
- Singapura, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Filipina
KUMPULAN B
- Thailand, MALAYSIA, Vietnam, Laos, Brunei, Timor Leste
Semoga Keputusan Undian Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur ini mampu menyemarakan skuad Malaysia untuk merangkul pingat emas kali ini.
Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA
0 comments:
Post a Comment