Home » , » Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Sunday, 11 June 2017

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Rumi. Apakah Cara lafaz niat puasa Ramadhan? Umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia akan mengerjakan puasa wajib setiap tahun iaitu di bulan ke sembilan dalam Kalendar Islam iaitu Bulan Ramadhan. Tarikh mula puasa di Malaysia pada tahun 2017/ 1438H adalah pada 27 Mei 2017 menurut Kalendar Islam 2017. Sebagai panduan, berikut dikongsikan cara lafaz niat puasa Ramadhan dan doa berbuka puasa termasuk dalam bacaan rumi.


Niat Puasa dalam rumi

Puasa Bulan Ramadhan

Menurut bahasa:  Puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti
makan, minum dan bercakap

Menurut syara’:  Puasa ialah :
menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya,
bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam
dengan niat.

Firman Allah S.W.T:  
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

Niat Puasa Ramadhan Beserta Bacaan Rumi

Berikut dikongsikan Niat Puasa Ramadhan beserta bacaan dalam rumi. 

Adalah tidak wajib dan tidak juga sunat berniat puasa dalam bahasa Arab, memadai jika ianya di baca dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
  • Niat Puasa Ramadhan

    Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah ta'ala
    • Niat Puasa sebulan

      Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala 
 lafaz niat puasa dalam rumi dan niat puasa sebulan 

Puasa Ramadhan Tidak Sah Tanpa Niat

  1. Niat itu di dalam hati dan bukan dengan lisan di mana tidak disyaratkan ‘Talaffuz’ (menyebut niat dengan  lisan).
  2. Ketika berniat, wajib menentukan jenis puasa seperti Ramadhan bagi puasa bulan Ramadhan.
  3. Bagi puasa-puasa yang wajib, niat disyaratkan hendaklah dibuat pada malam hari, iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum subuh. Pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie ialah tidak sah niat yang serentak dengan ketibaan waktu fajar. Bagi puasa sunat pula, dibolehkan berniat pada siang hari selagi belum tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur).
  4. Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan. Ini berdasarkan pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah dan riwayat paling sahih dari Imam Ahmad. Mengikut pendapat Imam Malik dan riwayat dari Imam Ahmad pula, cukup sekali niat sahaja untuk satu bulan Ramadhan dan hendaklah niat itu dilakukan pada malam pertama Ramadhan.

Nota

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Hukum Mengerjakan Puasa Ramadhan

Hukumnya ialah Fardhu Ain dan kefardhuan ini ditetapkan oleh dengan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak Ulama.

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa

Berikut adalah doa berbuka puasa beserta bacaan dalam rumi:-
 
dia buka puasa rumi

Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa


doa selepas berbuka
Doa Selepas Berbuka Puasa

SUMBER : Madrasah Nadhah Hasanah & Shafiqolbu

Fadhilat Puasa Dan Bulan Ramadhan

Pengertian Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang
dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan. Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. 

Antara keistimewaan puasa juga, Allah Subhanahu wa Taala akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah. Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. 

Adab Puasa Ramadhan

  • 1. Bersegera ketika berbuka
  • 2. Bersahur
  • 3. Melewatkan sahur
  • 4. Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan serta perkataan yang memberahikan
  • 5. Mandi janabah (mandi wajib) sebelum terbit fajar
  • 6. Meninggalkan perbuatan berbekam
  • 7. Meninggalkan perbuatan merasa makanan atau mengunyahnya
  • 8. Berdoa ketika berbuka
  • 9. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
  • 10.Memperbanyakkan sedeqah, membaca Al-Quran, dan beri’tikaf di masjid

Perkara Makruh Dalam Berpuasa Ramadhan

  • 1. Melewatkan berbuka puasa
  • 2. Tidak makan sahur
  • 3. Mengawalkan makan sahur
  • 4. Bercakap dengan kata-kata keji dan lucah
  • 5. Mandi janabah selepas terbit fajar
  • 6. Berbekam
  • 7. Merasa makanan dan mengunyahnya
  • 8. Tidak berdoa ketika berbuka puasa
  • 9. Jarang bersedeqah
  • 10. Tidak membaca Al-Quran dan beri’tikaf

Golongan Yang Diberi Rukhsah (Kemudahan) Untuk Berbuka Puasa

  • 1. Orang Musafir
  • 2. Orang Sakit
  • 3. Orang Tua Yang Lemah
  • 4. Pesakit Yang Tiada Harapan Sembuh
  • 5. Perempuan Mengandung dan Menyusu Bayi

Puasa Ganti/ Qada

Bagi mereka yang ingin mengada puasa, anda boleh merujuk panduan dan cara niat puasa ganti di Qada PuasaAnda juga boleh merujuk Kalendar Puasa Sunat dan Wajib 2017.

Semoga Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa ini bermanfaat buat semua. Semoga amal kita diterima oleh Yang Maha Esa.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA