Home » , , , » Keputusan Undian Kumpulan Piala Malaysia 2017

Keputusan Undian Kumpulan Piala Malaysia 2017

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Thursday 8 June 2017

Undian Kumpulan Piala Malaysia 2017. Aksi Piala Malaysia edisi ke 91 piala berprestij dan tertua di Malaysia akan kembali pada tahun 2017. Sebanyak 16 pasukan telah berjaya melayakan diri ke saingan Piala Malaysia 2017 peringkat kumpulan. Undian peringkat kumpulan Piala Malaysia 2017 telah diadakan pada 22 Mei 2017 dengan Kumpulan D dianggap sebagai kumpulan maut. Kedah adalah juara bertahan selepas menewaskan Selangor pada final Piala Malaysia 2016.

undian Kumpulan Piala Malaysia 2017

Keputusan Undian Piala Malaysia 2017 Peringkat Kumpulan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan keputusan undian Piala Malaysia 2017. 11 pasukan terbaik dalam kedudukan liga iaitu 11 teratas Liga Super dan 5 terbaik Liga Premier selepas 11 perlawanan Liga akan layak ke peringkat kumpulan secara automatik. 

Kedudukan Pot Undian

Pasukan yang layak di undi dan di asingkan mengikut balang berdasarkan ranking liga bagi tujuan pengundian nanti. Berikut adalah kedudukan pot undian mengikut pasukan Liga Super dan Liga Perdana di Piala Malaysia :-
  1. Pot 1 : JDT, Pahang, Kedah, Perak
  2. Pot 2 : Kelantan, Selangor, T-Team, Felda United
  3. Pot 3 : PKNS FC, Melaka United, Sarawak, Negeri Sembilan
  4. Pot 4 : PKNP FC, Terengganu, Kuala Lumpur, UiTM FC

Senarai Penuh Pasukan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2017

Berikut adalah keputusan undian Piala Malaysia 2017 peringkat kumpulan. Maklumat aksi Piala Malaysia tahun 2017 adalah seperti berikut :-

  • 16 pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 2 pasukan teratas layak ke pusingan seterusnya
  • Aksi perlawanan pertama adalah pada 4 Julai 2017
  • Aksi Final dijangka pada bulan Oktober 2017

Berikut adalah senarai pasukan setiap kumpulan selepas tamatnya undian kumpulan Piala Malaysia 2017 :-

  • Kumpulan A : Pahang, T-Team, Negeri Sembilan, PKNP FC
  • Kumpulan B : Perak, Felda United, PKNS FC, Kuala Lumpur 
  • Group C : Kedah, Kelantan, Melaka United, UiTM FC
  • Kumpulan D : JDT, Selangor, Sarawak, Terengganu

Undian peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2017

Keputusan Undian Kumpulan Piala Malaysia 2017. Sumber FB Johor Southern Tigers. 

Selamat menyaksikan siaran langsung Piala Malaysia 2017 di stadium berdekatan dan di kaca TV anda. Tahniah kepada pasukan yang berjaya menjuarai Piala Malaysia 2017.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA