Kadar Bayaran Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2. Berapa harga tol LPT2? Kutipan tol untuk Lebuhraya Pantai Timur 2 sepanjang 184km laluan/ jajaran dari Jabor, Pahang ke Kg Gemuroh, Terengganu akan bermula dari 15 Julai 2016 (jam 12.01 malam). LPT2 merupakan lebuhraya 4 lorong dua hala dilengkapi dengan kemudahan 10 persimpangan bertingkat, 3 kawasan rehat dan rawat (R&R) beserta 2 hentian sebelah.
Kadar Bayaran Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2
Berikut adalah kadar tol bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).- Harga Tol Terkini LPT2 mengikut Plaza Tol Klik Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2
- Kadar tol dikira berdasarkan jarak perjalanan oleh pengguna
- 12 sen per km untuk kenderaan kelas 1 (Kereta)
- RM19.70 untuk perjalanan dari Plaza Tol Cheneh ke Plaza Tol Kuala Terengganu dan sebaliknya
Kadar Tol Per Kilometer
- Kelas 1 : 12 sen
- Kelas 2 : 24 sen
- Kelas 3 : 36 sen
- Kelas 4 : 6 sen
- Kelas 5 : 12 sen
Harga Tol LPT2 |
Senarai Plaza Tol Di LPT2
Berikut adalah 10 plaza tol yang terdapat di LPT2. Klik link di Plaza Tol di bawah ini untuk melihat harga tol LPT2:-- Plaza Tol Cheneh
- Plaza Tol Chukai
- Plaza Tol Kijal
- Plaza Tol Kerteh
- Plaza Tol Paka
- Plaza Tol Kuala Dungun
- Plaza Tol Bukit Besi
- Plaza Tol Ajil
- Plaza Tol Telemong
- Plaza Tol Kuala Terengganu
Kenyataan Media Kutipan Tol LPT2
Peta Laluan/ Jajaran LPT2
Untuk makluman, pelaksanakan operasi, penyelenggaraan dan kutipan tol di LPT2 akan dilaksanakan oleh Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2 Sdn Bhd), sebuah syarikat milik penuh PLUS Berhad yang telah dilantik oleh kerajaan.
Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA
0 comments:
Post a Comment