Home » , , » Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan

Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Tuesday, 6 June 2017

Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M 2017. Hendak tahu status permohonan dan rayuan BR1M 2017 anda samada berjaya atau tidak? Jawapannya semak BR1M 2017 secara online dan sebagainya. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonon BR1M seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017/6.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Maklumat semakan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Semakan BR1M 2017

Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2017

Semakan status BR1M 2017 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-

1. Semak Online

  • Boleh disemak di STATUS BR1M 2017.  Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. 
Contoh: 860424035123 

Status Permohonan

Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-
  1. Diterima : Permohonan telah didaftarkan bagi BR1M 2017 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan
  2. Dalam Proses : Permohonan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan. Kelulusan permohonan hanya akan diketahui bermula pada awal Mac 2017
  3. Ditangguhkan : Permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2017 kerana pemohon tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M  2014 hingga BR1M 2016. Surat makluman akan dikeluarkan agar pemohon mengemaskini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang  Rayuan/ Kemas Kini BR1M 2017 (BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2017 bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017. Kegagalan pemohon untuk membuat permohonan BR1M 2017 akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK
  4. Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya. Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017.
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Untuk permohonan yang berstatus lulus tetapi proses pengkreditan Fasa 1 ke akaun bank adalah tidak berjaya (gagal kredit). Penerima yang berkenaan akan menerima surat makluman gagal kredit bertarikh 10 Mac 2017 [BK-02A(2)(i) / BK-02B(2)(i) / BK-02C(2)(ibt) / BK-02C(2)] iaitu surat makluman bersama baucar yang berwarna kelabu (cetakan hitam putih). Penerima perlu hadir ke mana-mana cawangan bank BSN dengan membawa surat makluman berkenaan untuk penunaian baucar mulai 20 Mac 2017.
Untuk makluman lanjut, sila layari FAQ Semakan Status

    2. Semakan Melalui e-Mail

    • Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

    3. Semakan Melalui Telefon

    • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

    4. Applikasi Mobile Semakan BR1M

    Penerima BR1M kini boleh membuat semakan BR1M menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M. Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-
    1. Status penghantaran borang 
    2. Semakan status permohonan 
    3. Status rayuan
    4. Semakan status bayaran
    Applikasi boleh dimuat turun di Play Store (Android) dan App Store (iOS).

    Langkah Buat Semakan Appplikasi Mobile

    1. Pilih Play Store atau App Store dan cari Semakan BR1M’.  Kemudian muat turunaplikasi tersebut
    2. Buka aplikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utama akan dipaparkan
    3. Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan  nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status
    4. Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut.
    5. Sila  hubungi  Cawangan  LHDNM  berdekatan untuk semakan lanjut. Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang Tukar Soalan. Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon  berjaya menjawab dua  soalan keselamatan
    6. Pemohon boleh pilih pada tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.  

      Borang Rayuan BR1M

      Menurut Laman Web e-BR1M, Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.

      Maklumat berkaitan permohonan rayuan BR1M 2017 yang lain akan dikemaskini dari masa kesemasa. Informasi dibawah yang dikongsikan ini adalah untuk Rayuan BR1M 2016.
      Borang Rayuan BR1M 2017 beserta panduan membuat rayuan bagi mereka yang gagal sila klik Rayuan BR1M 2017. Jumlah bayaran BR1M 2017 dinaikkan.
      status semakan rayuan brim 2016

      Semakan status Kelulusan Rayuan BR1M 2017 secara online atau manual boleh dibuat pada (akan dikemaskini). Tahun 2017 semakan pada minggu ketiga Jun 2016.
      Pembayaran BR1M 2017 peringkat kedua akan diawalkan mulai 5 Jun 2017 (Isnin) kepada penerima yang telah menerima BR1M semasa peringkat pertama tempoh hari. Bagi permohonan rayuan, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun.
      BR1M 2016
      Tarikh Pembayaran pula akan dibuat secara ansuran 3 kali kecuali kategori Individu bujang yang dibuat sekali.

      Semakan Rayuan Tahun 2016

      Tahun 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa
      Berikut disertakan cara-cara membuat semakan status permohonan BR1M 2016 :- 

      Berikut adalah status jawapan dari LHDN mengenai pembayaran BR1M 2016 yang masih belum dijelaskan.
      Harap maklum, pemprosesan atau pembayaran adalah secara berperingkat.
      status br1m 2016
      Pemohon boleh melayari Facebook LHDN di LHDN Malaysia. 

      Nota

      Dikongsikan dari FB LHDN, semakan status kelulusan BR1M 2016 secara online boleh dibuat mulai 28 Januari 2016. Difahamkan penerima BR1M tahun ini telah menerima pembayaran seawal 26 Januari 2016.

      semakan status kelulusan br1m 2016

      Borang Permohonan BR1M 2017 Online

      Permohonan baru Online dan kemaskini BRIM tahun 2017 akan dibuka pada  5 Disember hingga 31 Disember 2016 di https://ebr1m.hasil.gov.my/
      * Tarikh permohonan baru dan kemaskini telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2017


      * Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. 

      * Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma di link download di bawah ini
       
      Sebagai makluman, senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2016 adalah disertakan di bawah ini.

      Berikut pula adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2017 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi eBR1M.

      SYARAT KELAYAKAN

      1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
      2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
      3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
      4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
      5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

      Semakan Status dan syarat kelayakan Permohonan BR1M 2016

      Kemukakan Salinan:

      1. MyKad bagi pemohon
      2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
      3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
      Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
      Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

      Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

      1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200

      • Daftar Borang eKasih
      • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 :28 Januari 2016) : Bayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017. Bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank adalah bermula dari 22 Februari 2017.
      • Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
      • Ansuran Ketiga : Bermula 15 Ogos 2017 secara berperingkat : RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
      • Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)

      2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200

      • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 : 28 Januari 2016).
        Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (Akaun Bank)
      • Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
      • Ansuran Ketiga : Bermula 15 Ogos 2017 secara berperingkat : RM400 (RM250 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
      • Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)

      3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900

      • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300 (RM200 : 28 Januari 2016).
        Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (Akaun Bank)
      • Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
      • Ansuran Ketiga : Bermula 15 Ogos 2017 secara berperingkat : RM300 (RM200 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
      • Ansuran Keempat : Tiada (RM200 : 28 September 2016)

      4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

      • Februari 2017 : RM450 (RM400 pada 28 Januari 2016).  
      • Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (Akaun Bank)

      SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2017


      BILNAMA BANK
      1AFFIN BANK
      2AGRO BANK
      3ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
      4AM BANK BERHAD
      5AL RAJHI BANK
      6BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
      7BANK RAKYAT
      8MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
      9BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
      10CIMB BANK BERHAD
      11CITIBANK BERHAD
      12HONG LEONG BANK
      13HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
      14MAYBANK
      15OCBC BANK
      16PUBLIC BANK BERHAD
      17RHB BANK BERHAD
      18STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
      19UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

      Semoga semua pemohon BR1M 2017 yang layak berjaya dalam permohonan dan rayuan anda.Kepada yang berjaya, sila gunakan wang bantuan yang diberikan secara berhemah.

      Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

      0 comments:

      Post a Comment

      Powered by Blogger.

      PEMBACA