Semak Saman Trafik, PDRM, JPJ Dan AESOnline Terkini (Check Traffic Summon Online). Bagaimana cara semak saman cara mudah? Zaman teknologi yang canggih sekarang memudahkan kita untuk membuat pertanyaan, semakan ataupun perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan seharian kita secara online. Tidak terkecuali, sekarang anda boleh membuat semakan saman secara online untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), AES dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui kaedah semakan online di laman web atau melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).
- Terkini : Operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina 2016 iaitu Op Selamat 8 akan bermula di seluruh negara mulai 1 Februari sehingga 16 Februari 2016. Ianya bermula seawal jam 7 pagi sehingga 7 malam sepanjang tempoh operasi yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan serta angka korban penguna jalanraya.
Berikut adalah cara-cara yang biasa dilakukan oleh pengguna untuk membuat semakan saman secara online di Malaysia dengan mudah dan pantas adalah seperti berikut :
SEMAK SAMAN TRAFIK POLIS, JPJ DAN AESONLINE SECARA ONLINE
1. Semak saman PDRM Melalui SMS
PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara semak saman melalui SMS :Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No plat kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.
- Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 atau
POLIS SAMAN WWW1234
- Untuk jawapan terperinci, sila taip mesej seperti berikut:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email] dan hantark ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang disertakan.
Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 jengo88@yahoo.com
Semoga perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak dari dimasukkan ke dalam senarai hitam JPJ atau PDRM.
Jenis Saman Trafik PDRM
Berikut dikongsikan FAQ Saman Trafik yang dikongsikan dari Laman Interaktif Trafikk PDRM. Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik PDRM :-1. 1 Notis Saman POL. 170A
Saman yang diisu samada secara postal atau diletak pada kenderaan (tidak diisu secara langsung kepada pesalah)Apa Itu POL.170A?
Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-
- 1.1.1 Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas.Seksyen 79 (2) APJ 1987
- 1.1.2 Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya. Seksyen 16(1) LN166/59
- 1.1.3 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak selari dengan jalan. Seksyen 16(2) LN 166/59
- 1.1.4 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke kiri/bahu jalan. Seksyen 16(2) LN166/59
- 1.1.5 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan dengan aliran trafik di jalan sehala. Seksyen 16(3) LN 166/59
- 1.1.6 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada simpang atau selekoh jalan. Seksyen 12 (2) LN 166/59
- 1.1.7 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili bomba. Seksyen 12(2) LN166/59
- 1.1.8 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili bomba. Seksyen 12(3) LN166/59
- 1.1.9 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan, satu garisan bersambung dan satu garisan putus-putus. Seksyen 17B(3) LN 166/59
- 1.1.10 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan bersambung/dua garisan, satu bersambung dan satu putus-putus. Seksyen 17B(3) LN 166/59
- 1.1.11 Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut undang-undang/tidak mudah dicam / tidak disuarkan mengikut peruntukkan undang-undang. Seksyen 14(4) APJ 1987
- 1.1.12 Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan. Seksyen 20(1) APJ 1987 pendua POl.170A yang telah ditulis itu dideraikan dari Pol.170A dan diletakkan pada wiper kenderaan atau di tempat duduk bagi motosikal.
1.2 Saman POL. 257
Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.Apakah Itu Saman POL. 257
POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-- 1.2.1 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna jalanraya yang ada bersama- sama pada masa kesalahan itu dilakukan.
- 1.2.2 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai satu-satu siasatan ke atasnya dijalankan.
- 1.2.3 Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya kenderaan selepas tindakan susulan atau siasatan dijalankan ekoran dari pengeluaran Notis POL.170A/170/171
2. Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi
Sila klik link ini : Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan. Navigation.3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:
1) Taip JPJ your IC Number and send to 37773Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773
2) Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
- Contoh:
JPJ SAMAN 881111122111 atau
JPJ SAMAN WWW1234
4. Semak Saman Trafik Polis (PDRM) – Semak Saman JPJ & Pembayaran Saman Melalui Online (Sistem MYeG)
Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk menyemak saman anda. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah :Anda boleh pergi ke > MyEG Services BerhadUntuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda. Play.
Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda. Account number.
Tekan butang Daftar Sekarang (Register Now)Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta…
Kemudian anda boleh hantar
Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Menyemak Saman yang mana satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)
Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan
Buat Duit Dari Rumah!
5. Untuk Pengguna Smartphone Android
- Boleh download applikasi semakan saman di SINI
6. Melalui rilek.com
Boleh check saman free at RILEK website. RILEK stands for Rangkaian Interaktif Laman Elektronik KerajaanMoga perkongsian Cara Buat Semakan Saman PDRM Dan JPJ Secara Online Atau SMS ini bermanfaat kepada semua. Nasihat kepada semua, ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan di jalan raya. Jika tidak, anda kenalah buat langkah-langkah membayar saman seperti di atas.
Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA
0 comments:
Post a Comment