Home » , , » Semakan Keputusan IPG 2017 Online

Semakan Keputusan IPG 2017 Online

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Wednesday 7 June 2017

Semakan Keputusan Tawaran IPG 2017 Online. Billakah tarikh semakan keputusan IPG 2017 diumumkan? Umum sedia maklum yang Permohonan Calon Guru IPG PISMP 2017 dahulunya Maktab Perguruan akan di tutup pada 30 Mac 2017. Pemohon pasti menunggu dengan penuh debaran samada permohonan mereka berjaya atau tidak dalam mengejar impian menjadi guru atau cikgu. Oleh itu, nantikan Semakan Keputusan IPG 2017 (PISMP) Online yang akan diumumkan pada 23 Jun 2017 menurut Kalendar Aktiviti Permohonan IPG 2017. 

Semakan tawaran PISMP 2017 maktab perguruan

Untuk peringatan kepada pemohon semua, sila buat persediaan secukupnya bagi menghadapi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga seperti panduan di link yang dikongsikan di bawah ini.

  • Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru, klik UKCG 
  • Contoh Soalan UKCG - INSAK 

Semakan Keputusan IPG 2017 Online (PISMP)

Mengikut kalendar aktiviti Program PISMP 2017, terdapat beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum pemohon diterima atau layak untuk memasuki IPG seperti berikut :-
  • 4 hingga 14 April 2017 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • 9 April hingga 21 April 2017 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
  • Dipinda ke 15 Mei 2017 jam 5.00 petang sehingga 22 Mei 2017 jam 11.59 tengah malam - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 21 Mei hingga 26 Mei 2017 - Pelaksanaan Sesi temuduga IPG. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik/Kokurikulum)
  • 23 Jun (jam 400 petang) hingga 10 Julai 2017 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2017. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
  • 10 Julai 2017 - Pendaftaran calon di IPG. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)

Cara Buat Semakan Keputusan IPG 2017 Online

Link applikasi semakan nama calon yang berjaya menduduki UKCG dan semakan tawaran yang berjaya ke IPG 2017 akan diumumkan di : -

  • Applikasi Semakan bagi  calon PISMP : https://pismp.moe.gov.my/
  • Isi No Kad Pengenalan dan Kata Laluan
  • Tarikh semakan mulai 23 Jun mulai 400 petang hingga 10 Julai 2017 
  • Tarikh adalah tertakluk kepada sebarang perubahan, Tarikh rasmi dan link semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari KPM.

Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat berikut dan no telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :                      
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769

Selamat membuat Semakan Keputusan IPG 2017 Online dan semoga anda semua berjaya memasuki profesion perguruan yang sungguh mulia ini. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPG.

Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

PEMBACA