Home » , , » Jadual Gaji 2017 Kakitangan Awam

Jadual Gaji 2017 Kakitangan Awam

Posted by KISAH VIRAL DUNIA on Wednesday, 5 July 2017

Jadual Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam. Bilakah tarikh pembayaran gaji 2017 kerajaan? Setiap hujung bulan pasti dinantikan oleh hampir semua orang yang bekerja termasuk guru, polis, tentera dan sebagainya. Pada masa dan tarikh itulah mereka akan mendapat gaji bulanan. Selain gaji, bonus juga merupakan perkara yang ditunggu-tunggu. Untuk kemudahan semua penjawat awam, berikut adalah Jadual Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam/ Kerajaan untuk rujukan semua. 

Semakan gaji bulanan kakitangan awam boleh dibuat secara online di e-penyata gaji

tarikh pembayaran Gaji 2017


Moga jadual dan tarikh gaji bulanan 2017 kakitangan awam ini dapat membantu anda dalam merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan kalendar cuti sekolah dan umum 2017 Malaysia. Sebelum merancang pastikan juga berapa kelayakan cuti tahunan anda untuk tahun ini dengan merujuk Jadual Cuti Tahunan.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam

Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali. Berikut adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2017. Waktu kritikal adalah pada waktu menjelang Hari Raya Aidilifitri dimana next pembayaran gaji seterusnya iaitu pada bulan Julai adalah selama 40 hari. 

Tarikh Gaji 2017 Kakitangan Kerajaan

Tarikh Pembayaran Gaji 2017

Berikut adalah maklumat pembayaran gaji beserta bulan, tarikh, hari dan nota. Hampir kebanyakkan hari pembayaran gji adalah pada hari Khamis. Terdapat 3 kali pembayaran gaji diawalkan disebabkan oleh perayaan utama di Malaysia. 

Tarikh pembayaran pencen 2017 untuk pesara kerajaan boleh dirujuk di Jadual Pencen 2017.
  1. Januari  : 19.01.2017 (Khamis) : Tahun Baru Cina (28 dan 29 Januari 2017)
  2. Februari : 23.02.2017 (Khamis)   
  3. Mac : 23.03.2017 (Khamis)   
  4. April : 25.04.2017 (Selasa)   
  5. Mei : 25.05.2017 (Khamis)   
  6. Jun : 15.06.2017 (Khamis) : Hari Raya Aidilfitri (25 dan 26 Jun 2017)
  7. Julai : 25.07.2017 (Selasa)   
  8. Ogos : 24.08.2017 (Khamis)   
  9. September : 25.09.2017 (Isnin)   
  10. Oktober : 11.10.2017 (Rabu) : Hari Deepavali (18 Oktober 2017)
  11. November : 23.11.2017 (Khamis)   
  12. Disember : 21.12.2017 (Khamis)   

Nota

Untuk tahun 2017, gaji untuk bulan Januari, Jun, Oktober dan Disember dibayar lebih awal. Pembayaran gaji awal ini hendaklah dianggap sebagai pembayaran gaji untuk bekerja sebulan penuh.

    Jadual Pembayaran Gaji 2016

    Sebagai panduan dan rujukan, berikut adalah jadual pembayaran gaji tahun 2016. 
    tarikh pembayaran Gaji 2016 Kakitangan Awam
    • Surat pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) mengenai pembayaran gaji tahun 2017 boleh dimuat turun di GAJI 2017
    • Tahun 2016 di ANM
    • Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh ANM dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa
    • Tarikh pembayaran bantuan khas kakitangan awam 2016 adalah pada 4 Januari 2016
    • Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam akan ditukar ke LPPSA bermula 1 Januari 2016
    jadual 2
    Jadual Gaji Kakitangan Awam 2016
    * Jadual sumber FB Jabatan Penerangan Malaysia

    Jadual Gaji 2017 Vs Jadual Pencen 2017

    Jika anda seorang pesara, sila rujuk jadual pembayaran pencen 2017 vs gaji penjawat awam 2017 di bawah ini untuk panduan dan perbandingan.

    BULAN TARIKH BAYARAN PENCENHARI TARIKH BAYARAN GAJIHARINOTA
    Januari18 Januari 2017Rabu19 JanuariKhamisCNY 2017 : 28 & 29 Januari
    Februari21 Februari 2017Selasa23 FebruariKhamis
    Mac21 Mac 2017Selasa23 MacKhamis
    April20 April 2017Khamis25 AprilSelasa
    Mei18 Mei 2017Khamis25 MeiKhamis
    Jun14 Jun 2017Rabu15 JunKhamisHari Raya Puasa 25 & 26 Jun 2017
    Julai20 Julai 2017Khamis25 JulaiSelasa
    Ogos21 Ogos 2017Isnin24 OgosKhamis
    September20 September 2017Rabu25 SeptemberIsnin
    Oktober10 Oktober 2017Selasa11 OktoberRabuDeepavali 18 Oktober
    November21 November 2017Selasa23 NovemberKhamis
    Disember20 Disember 2017Rabu21 DisemberKhamis

    Semoga Jadual bayaran gaji bulanan bagi tahun 2017 ini pastinya akan memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan Individu mereka kearah kehidupan yang lebih berhemah.

    Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA

    0 comments:

    Post a Comment

    Powered by Blogger.

    PEMBACA