Jalan Alternatif Untuk Pulang Ke Pantai Timur. Apakah laluan alternatif ke Pantai Timur dalam mengelakan "traffic jam"? Berikut dikongsikan Laluan Alternatif Ke Pantai Timur untuk perjalanan pulang kampung ke Kelantan, Pahang dan Terengganu dari Kuala Lumpur dan Selatan tanahair. Walaupun terdapat lebuhraya seperti LPT dan LPT2, kesesakan lalu lintas masih berlaku terutama di jalan biasa - negeri dan persekutuan menuju ke lebuhraya ini.
Cadangan laluan alternatif dari JKR ini adalah untuk pengguna jalanraya dalam mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa balik kampung. Terutama pada perayaan utama dan cuti panjang seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Tahun Baru Cina.
Senarai Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Malaysia - Kelantan, Pahang Dan Terengganu
Berikut dikongsikan Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Malaysia yang dikongsikan dari Facebook Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Jalan alternatif yang dicadangkan ini adalah perjalanan dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.1. Jalan Alternatif Dari Gua Musang Melalui Kuala Krai Ke Kota Bharu
Laluan alternatif ini bertujuan dalam mengelak kesesakan di Kuala Krai.2. Jalan Alternatif Dari Bentong Melalui Kuala Lipis Ke Kota Bharu
3. Jalan Alternatif Dari Chukai Melalui Kampung Ibok Ke Kuala Terengganu
4. Jalan Alternatif Dari Besut Ke Kota Bharu/ Tok Bali
5. Jalan Alternatif Dari Bentong Melalui Raub Ke Kota Bharu
6. Jalan Alternatif Dari Jempol/ Kuala Pilah Ke Karak, Temerloh Dan Muadzam
7. Jalan Alternatif Dari Seremban Melalui Jelebu Ke Karak
Semoga perkongsian Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Malaysia - Kelantan, Terengganu Dan Pahang ini bermanfaat buat semua pengguna jalan raya. Selamat memandu dengan berhemah dan berhati-hati dan elakkan disaman kerana pelbagai kesalahan jalan raya.
Terima kasih telah membaca artikel ini & dipublikasikan oleh KISAH VIRAL DUNIA
0 comments:
Post a Comment